Sabtu, 1 Jun 2019 | 9:42pm
Fabio Quartararo beraksi dalam sesi latihan di Grand Prix (GP) Itali. - Foto AFP

El Diablo bermula dari petak kedua GP Itali

 

KUALA LUMPUR: Fabio Quartararo menyambar posisi barisan utama keduanya bagi musim ini di Grand Prix (GP) Itali selepas mencatat masa sepusingan kedua terpantas dalam sesi kelayakan, sebentar tadi. 

Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) itu mencatat 1 minit 45.733 saat pada sesi kelayakan kedua, 0.214s di belakang penghuni grid utama dari Repsol Honda Team, Marc Marquez.

Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati) melengkapkan barisan depan dengan catatan 1'45.881s.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli bakal memulakan perlumbaan esok dari petak keempat selepas mencatat masa 1'45.959s. 

Mengekorinya di petak kelima adalah pelumba Pramac Racing, Jack Miller dan  Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL).

Kali pertama Quartararo atau dikenali sebagai 'El Diablo' meraih grid barisan utama adalah di GP Sepanyol, Mei lalu dengan menyambar petak hadapan manakala Morbidelli berada di grid kedua.

Berita Harian X