Sabtu, 3 Ogos 2019 | 10:42pm
PEMANDU Red Bull, Max Verstappen. - Foto AFP
PEMANDU Red Bull, Max Verstappen. - Foto AFP

Verstappen raih petak pendahulu GP Hungary

HUNGARORING, Hungary: Max Verstappen meraikan kedudukan petak pendahulu pertamanya selepas sesi kelayakan di Grand Prix Hungary, sebentar tadi.

Pemandu Red Bull itu melakukan dengan penuh gaya apabila mencatat rekod sepusingan 1 mint 14.572 saat di Hungaroring untuk bergelar pemandu petak pendahulu ke-100 dalam sejarah Formula Satu (F1).

Pemandu Belanda itu, pemenang dua daripada tiga perlumbaan terakhir, disertai pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di barisan depan.

Pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton menghuni barisan ketiga bersama pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Dengan tujuh kemenangan dicatatnya, Verstappen ialah pemandu Belanda pertama memulakan saingan di petak depan selepas mengatasi Bottas di tangga kedua dengan 0.18 saat.

“Ia menakjubkan! jentara amat baik sepanjang minggu dan ia menakjubkan!” katanya. - AFP

Berita Harian X