Ahad, 15 September 2019 | 9:53pm
PELUMBA pasukan Repsol Honda, Marc Marquez juarai GP San Marino. - Foto AFP
PELUMBA pasukan Repsol Honda, Marc Marquez juarai GP San Marino. - Foto AFP

Marquez menang GP San Marino

MISANO ADRIATICO, Itali: Pelumba Sepanyol Marc Marquez meraih kemenangan MotoGP ketiganya di Grand Prix San Marino untuk melebarkan penguasaannya sebagai pendahulu kejuaraan dunia.

Penunggang Honda itu, yang bermula di barisan kedua, merampas kemenangan pada pusingan terakhir daripada penunggang Yamaha-SRT Fabio Quartararo yang mendahului sebahagian besar perlumbaan.

Juara dunia lima kali, Marquez memenangi Grand Priz ke-77 kariernya untuk mengatasi rekod legenda British Mike Hailwood.

Dalam perlumbaan Moto2, Augusto Fernandez turut memintas di pusingan terakhir untuk kemenangan kedua berturut-turut musim ini.

Penunggang 21 tahun Kalex itu yang menang di Silverstone sebelum ini meneruskan rentak cemerlang selepas bersaing rapat dengan Fabio di Giannantonio.

Alex Marquez, adik juara dunia MotoGP, Marc Marquez, mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan selepas memintas Thomas Luthi untuk tempat ketiga.

Perlumbaan Moto3 menyaksikan pelumba SIC58 Squadra Corse, Tatsuki Suzuki muncul pemenang selepas mengatasi pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee.

Melengkapkan pentas podium di litar Misano adalah pelumba pasukan VNE Snipers dari Itali, Tony Arbolino yang mencatat masa ketiga terpantas, 40'00.235s. – AFP

Berita Harian X