Jumaat, 27 September 2019 | 11:17pm
Pelumba Red Bull, Max Verstappen pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix Russia, sebentar tadi. - Foto AFP
Pelumba Red Bull, Max Verstappen pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix Russia, sebentar tadi. - Foto AFP

Verstappen terpantas latihan bebas kedua GP Russia

SOCHI, Russia: Max Verstappen mencatat masa terpantas buat Red Bull pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix (GP) Russia, di sini, sebentar tadi.

Dia mengatasi pemandu Ferrari, Charles Leclers yang sebelum mengungguli sesi latihan bebas pertama.

Kedua-dua pemandu 'generasi baharu' itu yang berusia 21 tahun mengatasi Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes.

Verstappen yang dikenakan penalti lima petak ke belakang kerana menggunakan enjin baharu mencatat masa 1 mint 33.162 saat untuk mengatasi Leclers yang memenangi perlumbaan GP Belgium dan Itali dengan perbezaan 0.355s.

Bottas menjadi pemandu ketiga terpantas diikuti Hamilton dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang menamatkan kemarau 13 bulan tanpa kejuaraan selepas menjuarai perlumbaan GP Singapura, minggu lalu. Pierry Gasly daripada pasukanToro Rosso mencatat masa kelima terpantas.

"Saya tidak fikir kami akan menjadi pilihan dalam enam perlumbaan seterusnya tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh menang.

"Kami tahu betapa pantasnya Ferrari di litar lurus. Dalam tiga perlumbaan terakhir, kami ketinggalan di belakang dan tidak dapat mengatasinya.

"Buat masa sekarang apa yang saya boleh katakan dalam tiga perlumbaan terakhir, kami belum mencapai tahap 100 peratus," kata Hamilton yang memenangi lapan daripada 15 perlumbaan setakat ini tetapi gagal mencatat sebarang kejuaraan dalam tiga perlumbaan terakhir selepas cuti musim panas.

- AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X