Ahad, 27 Oktober 2019 | 12:04pm
PELUMBA Yamaha, Maverick Vinales beraksi dalam sesi kelayakan MotoGP Australia. - Foto AFP

Vinales raih petak utama MotoGP Australia

PHILLIP ISLAND, Australia: Pelumba Yamaha, Maverick Vinales meraih petak utama perlumbaan MotoGP Australia selepas mencatat masa terpantas sesi kelayakan di sirkit Phillip Island pagi ini.

Pelumba Sepanyol yang menjuarai MotoGP Australia tahun lalu, merakam masa terpantas 1 minit 28.492saat.

Muka baru Perancis, Fabio Quartararo, yang muncul juara di GP Jepun minggu lalu mengekalkan kehebatannya dengan menduduki petak kedua manakala juara dunia, Marc Marquez, di belakang selepas terbabas ke rumput.

Pelumba pasukan Yamaha Petronas, Quartararo yang tergelincir pada sesi latihan semalam bangkit selepas bergelut di kelayakan pertama (Q1).

Dia mencatat masa terpantas di sesi Q2 dan memberi bayangan untuk mencabar Marquez, yang sudahpun menjulang trofi Juara Dunia keenamnya.

Sesi kelayakan semalan terpaksa ditunda susulan angin kencang membadai sirkit tepi pantai itu, namun cuaca kembali tenang untuk perlumbaan hari ini.

Valentino Rossi yang menunggang Monster Yamaha, akan bermula di petak keempat sekali gus merakam penampilan kali ke-400 di Grand Prix disusuli pelumba Ducati, Danilo Petrucci dan pelumba LCR-Honda, Cal Crutchlow.

Marquez memburu kemenangan kelimanya sederet dan mengintai podium ke-11 untuk musim ini di Melbourne.

Namun sirkit berkenaan lebih memihak kepada Yamaha, yang sudahpun meraih tiga kemenangan daripada enam perlumbaan terakhir di sana berkongsi dengan Jorge Lorenzo (2013), Rossi (2014) dan Vinales (2018).

dalam pada itu, pelumba Tech3, Miguel Oliveira, yang berdepan nahas pada sesi latihan keempat semalam masih menanggung kesakitan dan tidak dapat berlumba hari ini. – AFP

Keputusan kelayakan:

1. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) 1min 28.492s

2. Fabio Quartararo (FRA/Yamaha-SRT) +0.551

3. Marc Marquez (ESP/Honda) +0.724

4. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) +0.751

5. Danilo Petrucci (ITA/Ducati) +0.847

6. Cal Crutchlow (GBR/Honda-LCR) +1.043

7. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) +1.066

8. Andrea Iannone (ITA/Aprilla) +1.089

9. Jack Miller (AUS/Ducati-Pramac) +1.123

10. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) +1.175

Berita Harian X