Ahad, 3 November 2019 | 1:49pm
JUARA dunia Moto3, Lorenzo Dalla Porta memenangi Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalla Porta juara Moto3 di Sepang 

SEPANG: Juara dunia Moto3, Lorenzo Dalla Porta memenangi Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi, melengkapkan 17 pusingan perlumbaan dengan catatan keseluruhan terpantas, 38 minit 01.355 saat. 

Berada di tempat kedua adalah pelumba Estrella Galicia 0,0. Sergio Garcia yang hanya ketinggalan 0.410s di belakang Dalla Porta manakala Jaume Masia (Mugen Race) melengkapkan pentas podium dengan catatan, 38'02.158s. 

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee turut tidak menghampakan peminat di laman sendiri pasukan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan catatan, 38'02.697s.

Malang buat rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki apabila tidak menamatkan perlumbaan selepas terjatuh pada baki sembilan pusingan. 

Pusingan kemuncak musim 2019 dijadual berlangsung di GP Valencia, 17 November ini.

 

Berita Harian X