Selasa, 5 November 2019 | 10:07am
Pemandu Mercedes AMG Petronas Motorsport Lewis Hamilton dari Great Britain meraikan kemenangan keenam kejohanan dunia selepas menduduki tempat kedua di Grand Prix Amerika Syarikat, kelmarin. - Foto USA TODAY

Hamilton, keluarga rai mahkota FI di New York

AUSTIN: Lewis Hamilton meraikan kejayaan merangkul gelaran dunia Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) buat kali keenam bersama keluarga dan rakan di New York.

Hamilton dari Britain, 33, kini menjadi pemandu kedua paling berjaya di belakang juara tujuh kali, Michael Schumacher dan terbang ke New York untuk berparti selepas perlumbaan Ahad lalu.

“Setiap seorang dari kami bergelut untuk sesuatu dalam kehidupan. Saya ingin menunjukkan kepada semua, apa yang dilihat hebat di luar tetapi ia tidak selalu berlaku,” katanya.

“Saya bergelut dengan banyak banyak perkara. Jika kamu lihat di cermin setiap hari, sama ada kamu rasa baik ataupun tidak, pasti ada pihak yang cuba menjatuhkan kamu - dan kamu perlu bangkit.

“Saya melihat ke dalam cermin setiap hari dan cuba untuk mengangkat diri sendiri dan berkata ‘kamu boleh melakukannya. Ya, kamu hebat.”

Selepas memenangi gelaran kelima dalam tempoh enam tahun bersama Mercedes, Hamilton juga mendedahkan betapa dia merindui rakan dan mentor, Niki Lauda yang sebelum ini adalah pengerusi bukan eksekutif Mercedes yang meninggal dunia pada Mei.


Pemandu Mercedes AMG Petronas Motorsport Lewis Hamilton dari Great Britain meraikan kemenangan keenam kejohanan dunia selepas menduduki tempat kedua di Grand Prix Amerika Syarikat. - Foto USA TODAY

“Saya boleh katakan saya tidak terfikir ia akan memberi kesan mendalam buat saya kerana kehilangan Niki,” kata Hamilton.

“Saya rindukan dia. Saya tidak sedar betapa saya sayangkannya.”

Hamilton kini semakin menghampiri rekod Schumacher dengan memenangi tujuh gelaran dan 91 kemenangan GP akan kembali ke Britain untuk sambutan pasukan di ibu pejabat Mercedes di Brackley pada Rabu.

Pasukan itu tahun ini memenangi rekod pelumba keenam berturut-turut dan dua kali kejuaraan pengeluar. - AFP

 

Berita Harian X