Khamis, 14 November 2019 | 11:51am
Lewis Hamilton

Motivasi baharu Hamilton

SAO PAULO, Brazil: Lewis Hamilton dan Mercedes masih bermotivasi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil minggu ini apabila kembali beraksi sejak meraikan kejuaraan dunia berganda pelumba dan pengeluar kali keenam tahun ini.

Selepas seminggu meraikan kejayaan keenam Hamilton, pasukan perlu memberikan tumpuan terhadap baki dua perlumbaan kejuaraan musim 2019 iaitu di Sao Paulo dan penamat di Abu Dhabi pada 1 Disember.

Sesuatu yang tidak diduga, pasukan Silver Arrows akan berlumba di litar Interlagos yang hebat dan terkenal di mana Hamilton meraih gelaran pertama bersama McLaren pada 2008 dan bukan bersama pasukan di bawah kendalian Toto Wolff.

Ketika spekulasi mengenai dirinya dan pasukan pada masa depan kian meningkat, Pelumba dari Britain itu membuat keputusan untuk melepaskan satu perlumbaan buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, dengan ramai pemerhati berpendapat dia kekurangan fokus.

Ada yang berpandangan Mercedes mungkin bersedia untuk meninggalkan F1 untuk berdepan cabaran lain termasuklah Formula E.

Wolff menolak sebarang idea membabitkan keputusan untuk meninggalkan sukan itu apabila berkata “Semua petunjuk menyatakan kami akan kekal, namun ia sesuatu yang tidak boleh diambil sambil lewa”, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan sukan itu dalam dunia permotoran.

“Di maha arah tuju pembangunan sukan permotoran dunia?” soalnya kepada ESPN.

“Dalam bentuk apa F1 masih relevan sebagai platform hiburan dan teknologi? Dan sebagai jenama, kereta pertamanya adalah kereta lumba, adakah kami mahu kekal dalam plaftorm ini untuk jangka masa panjang?”  - AFP

Berita Harian X