Isnin, 2 Disember 2019 | 2:41pm
Lewis Hamilton (kiri) dan pengerusi Ferrari, John Elkann.

Hamilton akui jumpa Ferrari

ABU DHABI: Juara dunia enam kali, Lewis Hamilton tidak menafikan dia mengadakan pertemuan dengan pengerusi Ferrari, John Elkann ketika ditanya tentang spekulasi mengaitkan pemandu Mercedes itu dengan perpindahan ke pasukan Itali berkenaan pada musim 2021.

Pemandu Britain berumur 34 tahun itu bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim depan. 

Perjanjian akan datang bakal menjadi perlumbaan terakhir Hamilton di Formula Satu dan dia berkata sedang menimbang pilihan untuk beraksi di luar Mercedes, di mana masa depan prinsipal pasukan, Toto Wolff turut menjadi tanda tanya.

“Apa yang berlaku di belakang tabir selalunya adalah sulit dengan siapa pun anda berbincang,” kata Hamilton apabila ditanya laporan media Itali yang mengatakan pertemuannya sebanyak dua kali bersama Elkann.

“Sudah lama saya tidak pernah duduk dan membincangkan pilihan lain kerana kami hanya menuju ke hadapan mengikut laluan sedia ada,” katanya selepas memenangi musim penutup Grand Prix Abu Dhabi.

“Saya tahu Toto juga sedang menimbang tentang masa depannya. Jadi saya akan tunggu dan lihat apa yang dia akan lakukan.”

Hamilton yang menyertai Mercedes pada tahun 2013 kini mempunyai enam gelaran dunia dengan 84 kemenangan, menghampiri rekod terbanyak milik Michael Schumacher dengan tujuh gelaran dunia menerusi 91 kemenangan, dan mempunyai purata 10 kemenangan setahun sejak tahun 2014. – REUTERS

Berita Harian X