Rabu, 4 Disember 2019 | 10:18pm
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

PDB lancar laman web MyMesra baharu

KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan laman web MyMesra baharu yang ditambah baik sempena kejayaan berganda enam kali berturut-turut Kejuaraan Pengeluar Formula Satu (F1) pasukan Mercedes AMG PETRONAS.

Ia dilancarkan pemandu pasukan berkenaan, Valtteri Bottas pada sesi ramah mesra bersama pelanggan di stesen minyak PETRONAS Jalan Kolam Lama.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata, dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan, pihaknya memperbaharui laman web itu untuk memberi kelancaran kepada pelanggan. 

“Laman web baharu ini memberi gambaran pertumbuhan dan perkembangan PDB. Penambahbaikan laman web MyMesra berkenaan turut meningkatkan interaktiviti dan pengalaman pengguna.

“Menggunakan teknologi terkini, laman web berkenaan mengandungi Artificial Intelligence (AI) chatbot, Meva (Mesra Virtual Agent) untuk memberi pengalaman interaksi bersama pelanggan. Ia juga memiliki laman khas untuk peminat mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kejayaan Kejuaraan Pengeluar Dunia F1 FIA.

“Kami berbesar hati untuk mengakhiri tahun dengan kemenangan daripada Mercedes AMG PETRONAS. Ia jelas menunjukkan komitmen pasukan terhadap kecemerlangan, sesuatu yang berkaitan dengan PDB,” kata Syed Zainal.

Pada sesi itu juga, peminat dapat melihat baju T baharu yang diilhamkan daripada kejuaraan berganda enam kali berturut-turut F1.

Barangan berkenaan dijual dengan harga RM25 dan boleh didapati di kedai Mesra seluruh negara pada 1 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sawang di www.mymesra.com.my

Berita Harian X