Khamis, 19 March 2020 | 10:04am

Mekanik McLaren bebas COVID-19

LONDON: Pasukan Formula Satu (F1) yang berpangkalan di United Kingdom, McLaren mengesahkan salah seorang mekanik mereka yang dikaitkan positif COVID-19 di Australia kini bebas simptom itu.

McLaren dalam satu kenyataan turut memberitahu tujuh kakitangan pasukan itu yang menjalani ujian wabak berkenaan ketika dikuarantin di Melbourne kembali dengan keputusan negatif.

Pasukan itu menarik diri daripada Grand Prix (GP) Australia, minggu lalu sekali memaksa perlumbaan pertama musim baharu itu dibatalkan.

Kakitangan McLaren yang menjalani kuarantin di hotel pasukan dilapor dalam keadaan baik dan mempunyai semangat yang kuat.

Ketua pasukan itu berharap mereka akan dibenarkan pulang ke Britain minggu depan.

“McLaren berbesar hati mengesahkan kesemua tujuh kakitangan pasukan yang dikaitkan positif COVID-19 ketika dikuarantin di Melbourne kembali dengan keputusan negatif,” kata kenyataan pasukan itu.

“Seorang kakitangan pasukan yang sebelum ini diuji positif kini bebas daripada sebarang simptom.

“Secara keseluruhan, 16 kakitangan pasukan dikuarantin, 14 daripadanya disebabkan mempunyai kontak dengan kakitangan yang positif dan selebihnya hanya menunjukkan simptom.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kakitangan pasuman akan terus dikuarantin untuk minggu berikutnya bagi melengkapkan tempoh 14 hari seperti diminta pihak berkuasa perubatan Australia.” - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X