Isnin, 23 March 2020 | 8:20pm
Grand Prix Azerbaijan ditangguh berikutan penularan COVID-19.
Grand Prix Azerbaijan ditangguh berikutan penularan COVID-19.

GP Azerbaijan ditangguh

PARIS: Penganjur hari ini menangguhkan Grand Prix Azerbaijan Jun ini, bermakna lapan perlumbaan awal Formula Satu musim ini diketepikan kerana pandemik coronavirus (COVID-19).

Setakat ini Grand Prix dijadualkan di Bahrain, Vietnam, China, Belanda dan Sepanyol sudah ditunda manakala saingan di Riviera dekat Monaco dan perlumbaan pembuka tirai musim di Australia juga dibatalkan.

“Ini berikutan kesan secara terus akibat pandemik global COVID-19 dan keputusan ini berpandukan garis panduan pakar diberikan kepada kami oleh pihak berkuasa,” kata penganjur Baku City Circuit.

“Berikutan ini, kebimbangan utama BCC ialah kesihatan dan keselamatan penduduk Azerbaijan selain penyokong yang datang menyaksikan F1, kakitangan dan peserta kejuaraan itu,” katanya.

Musim baharu ini tidak akan bermula sehingga sekurang-kurangnya 14 Jun di GP Kanada dekat Montreal. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X