X
Khamis, 30 April 2020 | 7:01am
Penonton melihat aksi di KymiRing dekat Litti, Finland, tahun lalu. Litar berkenaan dijangka membuat penampilan sulung MotoGP tahun ini sebelum dibatalkan. - AFP
Penonton melihat aksi di KymiRing dekat Litti, Finland, tahun lalu. Litar berkenaan dijangka membuat penampilan sulung MotoGP tahun ini sebelum dibatalkan. - AFP

MotoGP Jerman, Belanda, Finland batal

PARIS: Perlumbaan MotoGP di Jerman, Belanda dan Finland pada Jun dan Julai dibatalkan umum Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) dan promoter, Dorna Sports hari ini.

"Penularan coronavirus yang masih berterusan menyebabkan pembatalan semua tiga acara ini," kata kenyataan bersama itu.

Grand Prix Jerman dijadualkan dari 19-21 Jun di Sachsenring dan MotoGP Belanda dari 26-28 Jun dekat Assen, yang juga litar tunggal menganjurkan GP berkenaan setiap tahun bermula 1949.

GP Finland dijadualkan buat kali pertama di litar baharu KymiRing dari 10-12 Julai.

Semua tiga negara berkenaan melarang perhimpunan besar-besaran untuk menghalang penularan pendemik berkenaan.

"Kami sangat sedih untuk mengumumkan pembatalan tiga Grand Prix yang penting ini," kata CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta dalam satu kenyataan.

"Kami tidak sabar untuk kembali ke Sachsenring dan TT Circuit Assen pada 2021, dan menanti penampilan pertama di KymiRing musim depan."

Lapan perlumbaan awal musim 2020 juga sudah dibatal atau ditangguhkan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X