Khamis, 30 April 2020 | 7:54am
GP Austria hanya akan diberikan lampu hijau jika berlangsung secara tertutup. - Foto hiasan
GP Austria hanya akan diberikan lampu hijau jika berlangsung secara tertutup. - Foto hiasan

GP Austria secara tertutup

VIENNA: Grand Prix Austria akan menjadi perlumbaan pertama dalam kejuaraan Formula Satu (F1) yang tergendala akibat COVID-19, namun hanya akan diberikan lampu hijau jika berlangsung secara tertutup.

Penganjur perlumbaan pada 5 Julai di Red Bull Ring dekat Spielberg diberitahu oleh Menteri Kesihatan negara berkenaan semalam bahawa mereka perlu mengikut peraturan tertentu.

"Pengesahan untuk mengadakan perlumbaan bergantung sepenuhnya kepada perancangan keselamatan yang diberikan penganjur," kata Rudolf Anschober kepada Radio O1.

"Kami hanya membenarkan sesuatu acara dengan peraturan sangat tegas dan sudah tentu, saya boleh katakan, tanpa penonton."

Dia memberitahu Austrian Press Agency (APA): "Kami sudah melakukan tugas kami."

Kerajaan mahukan perlumbaan hujung minggu itu dianjurkan secara "litar tertutup" dengan orang luar selain pasukan dibenarkan berada di sana ialah rakyat Austria yang terbabit dalam pengurusan perlumbaan itu. - AFP

Berita Harian X