Rabu, 20 Mei 2020 | 7:44am

GP British mustahil jika wajib kuarantin

LONDON: British Grand Prix akan menjadi "mustahil" tahun ini jika sukan elit itu tidak diberikan pengecualian daripada peraturan kuarantin selama 14 hari ketika memasuki United Kingdom, kata Formula Satu hari ini.

Silverstone merancang untuk menganjurkan dua perlumbaan secara tertutup musim panas ini tertakluk kepada kelulusan kerajaan, untuk mengurangkan sedikit masalah yang berlaku dalam musim F1 2020 dengan 10 perlumbaan sudah dibatal atau ditangguhkan.

Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle berkata satu persetujuan secara asasnya sudah dicapai dengan F1 untuk mengadakan perlumbaan di England sejurus selepas musim bermula di Austria.

Bagaimanapun strategi pemulihan COVID-19 kerajaan UK dijangka akan memperkenalkan kuarantin selama 14 hari untuk ketibaan antarabangsa.

"Kuarantin selama 14 hari menjadikan ia mustahil mengadakan Grand Prix British tahun ini," kata jurucakap F1 kepada AFP.

"Ia juga mendatangkan impak besar terhadap ribuan pekerjaan dikaitkan dengan F1 dan sektor sokongan.

"Jika sukan elit itu mahu kembali ke TV, pengecualian mesti diberikan." - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X