X
Selasa, 22 Ogos 2017 | 11:57pm
ATLET tumpuan Sukan SEA, Muhammad Ziyad Zolkefli beraksi dalam acara lontar peluru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

ATLET tumpuan Sukan SEA, Muhammad Ziyad Zolkefli beraksi dalam acara lontar peluru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Yazit Razali

Ziyad raih gangsa lontar peluru

KUALA LUMPUR: Atlet tumpuan Sukan SEA, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa pada penampilan sulungnya dalam acara lontar peluru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kejayaan itu sekali gus mencatatkan dua sejarah baharu iaitu sebagai atlet paralimpik pertama menyertai Sukan SEA dan meraih pingat pada temasya dwitahunan berkenaan.

Atlet 27 tahun itu mencatatkan lontaran sejauh 17.12 meter, meletakkan beliau di belakang dua atlet Thailand.

Promrob Juntima mempertahankan pingat emas selepas merekodkan lontaran sejauh 17.42m manakala Thawat Khacin memenangi perak dengan lontaran sejauh 17.15m.

Muhammad Ziyad terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa walaupun hanya berbeza 0.03m sahaja berbanding Thawat.

Muhammad Ziyad mencipta rekod terbaiknya di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dengan catatan 17.29m, bulan lalu.

Rekod Sukan SEA lontar peluru lelaki dipegang Chatchawal Polyiam dari Thailand dengan lontaran sejauh 17.74m yang dicipta pada edisi di Palembang 2011. - BERNAMA

Berita Harian X