Ahad, 18 Ogos 2019 | 7:10pm
PELARI Melaka, Khairul Hafiz Jantan. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

The Speedy Jantan dapat tiket ke Filipina

Foto: Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Peluang jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) di Sukan SEA Filipina 2019 belum tertutup selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberi talian hayat kepadanya.

Ia susulan tindakan KOM menyenaraikan 'anak emas' mereka itu di bawah kategori B sekalipun dia gagal melepasi had kelayakan 10.43 saat (s) seperti yang ditetapkan.

Dalam aksi final 100m Kejohanan Olahraga KOM Jumaat lalu, pelari berusia 22 tahun itu sekadar melakar kepantasan 10.71s untuk tiba ke garisan penamat di belakang pemenang Haiqal Hanafi (10.59s).

Namun, Jawatankuasa Pemilihan KOM yang bermesyuarat di Stadium MSN secara rambang meletakkan 'Speedy Jantan' dalam kuartet 4x100m bersama Haiqal, Zulfiqar Ismail dan Nixon Kennedy.

Nasib serupa menimpa ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli apabila namanya juga hanya disenaraikan dalam kategori B bagi acara 4x100m.

Menurut, ketua jurulatih negara, Manshahar Abdul Jalil, keputusan itu tidak bermakna peluang Khairul Hafiz mahupun Zaidatul untuk beraksi dalam acara 100m sudah tertutup.

"Kita sebenarnya meletakkan nama atlet dalam kategori B dulu termasuk beberapa atlet yang terbaik dalam ranking 100m negara.

"Mereka ini kita letakkan dalam acara 4x100m sebagai fokus utama kita dulu. Tetapi peluang tetap ada untuk mereka ini beraksi dalam acara 100m bersama Jonathan Nyepa yang sudah layak.

"Senarai ini hanya untuk diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana penyertaan atlet dan nama perlu sampai ke penganjur Sukan SEA sebelum 2 September," katanya.

Antara atlet yang turut disenaraikan di bawah kategori B ialah atlet lompat jauh para, Abdul Latif Romly yang gagal melepasi had kelayakan semalam, selain Iskandar Alwi (lompat bergalah).

Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, skuad seramai 18 atlet lelaki dan lapan wanita diharap mampu mengatasi pencapaian lapan emas pada Kuala Lumpur 2017 walaupun pihaknya hanya menetapkan sasaran awal lima emas.

KATEGORI A

Lelaki

Jonathan Nyepa (100m)

Russel Alexander Nasir Taib (200m)

Luqmanul Hakim Khairul Akmal (400m)

V Royson (800m)

Rayzamshah Wan Sofian (110 lari berpagar)

Mohd Harith Khairul Harun (20km jalan kaki)

[email protected] Andre (lompat jauh)

Mohd Hakimi Ismail (lompat kijang)

Lee Hup Wei (lompat tinggi)

Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi)

Mohd Ziyad Zulkifli (lontar peluru)

Mohd Irfan Shamsuddin (lempar cakera)

Abdul Rahman Lee (lempar cakera)

Jackie Wong  (baling tukul besi)

Muhammad Ilham Suhaimi (4x400m)

Abdul Wafiy Roslan (4x400m)

Mohd Saiful Safwan (4x400m)

Muhaizar Mohammad (marathon)

Wanita

Shereen Vallabouy (400m)

Elena Goh Ling Wing (10,000m jalan kaki dan 20km jalan kaki)

Nurul Alyahaziqah (10,000m jalan kaki)

Kirthana Ramasamy (lompat kijang)

Norliyana Kamaruddin (lompat tinggi dan hepthathlon)

Yap Sean Yee (lompat tinggi)

Choo Kang Ni (lempar cakera)

Grace Wong Xiu Mei (baling tukul besi)

 

KATEGORI B

Lelaki

Ahmad Luth Hamizan (3,000m lari berhalangan

K Prabusdas (5,000m)

Abdul Latif Romly (lompat jauh)

Iskandar Alwi (lompat bergalah)

Ruslem Zikry Putra (400m lari berpagar, 4x400m)

Sadat Marzuqi Ajisan (baling tukul besi)

Zulfiqar Ismail (4x100m)

Haiqal Hanafi (4x100m)

Khairul Hafiz Jantan (4x100m)

Nixon Kennedy (4x100m)

Wanita

Sarvinder Kaur (1500m)

Chuah Yu Tian (Lompat bergalah)

Zaidatul Husniah Zulkifli (4x100m)

Siti Fatimah Mohamed (4x100m)

Nurul Faizah Mazlan (4x100m)

Azreen Nabila Alias (4x100m)

S Komalam (4x100m)

Queenie Ting Ku Nie (Lempar cakera)

Berita Harian X