Sabtu, 7 Disember 2019 | 7:14pm
PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib.

Russel Alexander hanya raih gangsa 200m

CLARK: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib gagal dalam percubaan sulungnya di Sukan SEA apabila sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter (m) di Stadium Olahraga New Clark City, di sini, sebentar tadi.

Dalam perlumbaan di depan kira-kira 4,000 penonton itu, Russel jelas gagal menandingi kepantasan jaguh dari Thailand, Khongprasit Chayut yang muncul sebagai pemenang emas dengan catatan masa 20.71 saat (s).

Pingat perak turut dimenangi pelari Thailand, Punpa Siripol (20.78s) diikuti Russel (21.11s), manakala rakan senegaranya Johnathan Nyepa berpuas hati di kedudukan ketujuh dengan 21.41s.

Berita Harian X