Ahad, 8 Disember 2019 | 10:58am
Atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi. - Arkib NSTP

Peluang Haiqal, Jonathan pertahan emas 100m

CLARK: Malaysia akan memiliki dua wakil di pentas final 100 meter selepas pelari pecut Muhammad Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa melepasi saringan pertama di Stadium Olahraga New Clark City, pagi tadi.

Bagaimanapun, Haiqal lebih menyerlah apabila muncul pelari kedua terpantas dengan catatan masa 10.39 saat (s), hanya ketinggalan 0.04s di belakang jaguh pecut Thailand, Ruttanapon Sowan (10.35s).

Mereka berdua diikuti rapat rakan senegara Sowan iaitu Lac Bandit Chuanchai yang mencatat kepantasan 10.50s.

Jonathan yang disebut-sebut sebagai potensi utama negara pula hanya muncul kelima terpantas dengan catatan 10.65s, namun cukup untuk melayakkan dirinya ke final.

Acara riben biru itu dijangka berlangsung petang ini dengan Malaysia turun selaku juara bertahan menerusi kejayaan Khairul Hafiz Jantan memenangi emas dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Berita Harian X