Selasa, 21 Julai 2020 | 12:48pm
Gambar fail, Michael Norman dari Amerika Syarikat melintasi garisan penamat untuk memenangi acara 400 m lelaki di Kejohanan Prefontaine Classic di Cobb Track & Angell Field di Stanford, California pada 2019. - Foto Getty Images

Norman catat masa terpantas 100m tahun ini

DALLAS: Pelari 400m Amerika Syarikat (AS), Michael Norman mencatat masa terpantas dunia tahun ini, 9.86 saat dalam acara 100m di Texas semalam, kata Olahraga Dunia.

Pelari berusia 22 tahun dari California menang di Fort Worth dalam perlumbaan pertamanya dalam acara 100m sejak 2016.

"Selepas empat tahun, saya akhirnya dapat berlari dalam acara 100m," kata Norman menerusi Twitter selepas perlumbaan.

Badan induk trek dan balapan kemudian mengambil keputusan memberikan catatan Norman selaku masa terpantas tahun ini.

Catatan terpantas 100m pada 2020 yang terganggu akibat coronavirus ialah 9.91s dicipta pelari Afrika Selatan, Akani Simbine di Pretoria pada Mac.

Catatan dibuat itu menjadikan Norman pelari kedua dalam sejarah berlari bawah 10s dalam 100m, bawah 20s dalam 200m dan bawah 44s dalam 400m.

Pelari lain melakukannya dalam ketiga-tiga acara ialah juara Olimpik dari Afrika Selatan dalam acara 400m, Wayde van Niekerk.

- AFP

Berita Harian X