Selasa, 22 Ogos 2017 | 11:29am
GANDINGAN beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei bantu Malaysia mara ke separuh akhir menewaskan Myanmar 3-0 di Arena Axiata, Bukit Jalil. - Foto Rosli Rahmat
GANDINGAN beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei bantu Malaysia mara ke separuh akhir menewaskan Myanmar 3-0 di Arena Axiata, Bukit Jalil. - Foto Rosli Rahmat

Malaysia mara separuh akhir badminton wanita

KUALA LUMPUR: Skuad badminton wanita negara mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas menumpaskan Myanmar 3-0 di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir, mata pertama negara disumbangkan oleh pemain perseorangan, Soniia Cheah yang menumpaskan Thet Htar Thuzar, 21-9, 21-19.

Malaysia berada dalam kedudukan selesa 2-0 apabila gandingan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengalahkan Nwe Nwe Aung-Su Win Aye, 21-5, 21-6

Pemain perseorangan, Goh Jin Wei mengesahkan kemaraan Malaysia apabila mengalahkan Gone Yi Lin Khin 21-6, 21-8.

Aksi separuh akhir esok menyaksikan Malaysia akan berdepan Indonesia.

Berita Harian X