Selasa, 22 Ogos 2017 | 10:31pm
BEREGU skuasy wanita negara, Rachel Arnold (kiri) dan Andrea Lee. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
BEREGU skuasy wanita negara, Rachel Arnold (kiri) dan Andrea Lee. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Beregu skuasy wanita pastikan satu emas

KUALA LUMPUR: Sebutir pingat emas sudah sah akan menjadi milik Malaysia dalam acara beregu wanita apabila dua pasangan negara melepasi perlawanan separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, hari ini.

Pilihan utama Rachel Arnold-Andrea Lee akan bertemu rakan senegara yang juga pilihan kedua, Chan Yiwen-Nazihah Hanis Razak dalam perlawanan akhir, esok.

Turut melangkah ke final ialah beregu lelaki Syafiq Kamal-Ng Eain Yow yang akan menentukan perebutan pingat emas dengan pasangan Singapura, Pang Ka Hoe-Timothy Leong.

Rachel-Andrea menewaskan pasangan Singapura, Au Yeong Wai Yhann-Sneha Sivakumar 11-3, 11-5 manakala Yiwen-Nazihah menyingkirkan Jemyca Aribado-Yvonne Alyssa Dalida 11-3, 11-5.

Syafiq-Eain Yow pula memastikan tempat ke final selepas menewaskan pasangan Singapura, Benedict Chan-Chua Man Tong 11-2, 11-7.

Namun impian untuk melihat dua pasangan lelaki negara di pentas final tidak kesampaian apabila final Ong Sai Hung-Farez Izwan Mukhtar tewas 5-11, 7-11 kepada Pang-Timothy.

Acara beregu dipertandingkan di Sukan SEA 2017 buat kali pertama.

Berita Harian X