Rabu, 11 April 2018 | 8:31pm
SYAFIQ Kamal bergandingan dengan Ng Eain How tewas kepada Daryl Shelby- Adrian Waller. - Foto fail
SYAFIQ Kamal bergandingan dengan Ng Eain How tewas kepada Daryl Shelby- Adrian Waller. - Foto fail

Syafiq, Eain How lambat 'panas'

 

GOLD COAST: Gandingan Muhamad Syafiq Kamal-Ng Eain How terpaksa akur dengan kehebatan beregu England Daryl Shelby- Adrian Waller apabila tewas 4-11,8-11 dalam aksi kelayakan di Oxenford Studios hari ini.

"Kami melangkah dengan keyakinan dan persiapan yang bagus tetapi pasangan England terutama Shelby mempunyai pengalaman yang luas, beberapa tahun beraksi sebagai beregu dan bertanding di Sukan Komanwel jadi kami bergelut dengan situasi itu," kata Eain How.

"Namun pada akhirnya kami berjaya menyesuaikan diri dengan apa yang mereka lakukan untuk meraih lebih banyak mata.

"Ia masih sesuatu yang positif yang boleh kami perbaiki, kami masih belum mengalah, kami masih berpeluang memenanginya."

Jelas Syafiq, mereka bermula agak perlahan untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan lawan pada set pertama.

"Hanya pada set kedua barulah kami mendapatkan rentak dan beraksi dengan lebih kompetitif tetapi mereka lebih dulu di depan jadi kami tidak bernasib baik."

Menurut Eain How, perlawanan menentang Uganda selepas ini membuka ruang untuk mereka mengejar England yang sudah pun layak ke suku akhir.

Dalam satu lagi perlawanan, Rachel Arnold-S Sivasangari yang menjinakkan juara dunia dari  New Zealand, Joelle King-Amanda Murphy sekali lagi merekodkan kemenangan apabila menewaskan Sarah Cardwell-Christine Nunn 10-11,11-6,11-6.

Sementara itu, gandingan Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen menewaskan Lance Beddoes-Evan Williams dari New Zealand, 11-9,11-10.

    

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X