Rabu, 2 Mei 2018 | 6:04pm
BEKAS juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli tidak puas hati dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BEKAS juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli tidak puas hati dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zulfadli sedia dedah cerita sebenar

KUALA LUMPUR: Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli tidak puas hati dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengenakan hukuman gantung selama 20 tahun ke atasnya kerana didapati bersalah terbabit dengan kegiataan mengatur perlawanan.

Dia yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini mempersoalkan sama ada dia adalah mangsa atau tertuduh dalam kes tersebut.

"Sudah semestinya saya akan memberikan komen berhubung keputusan ini dalam sehari dua lagi. Buat masa ini, saya sedang menenangkan fikiran tetapi saya juga mahu semua orang tahu apa yang berlaku terhadap saya.

"Beri saya sedikit masa dan saya akan mengadakan sidang media, #mangsa atau tertuduh?!," katanya ringkas.

Selain digantung selama 20 tahun yang menyaksikan dia tidak boleh terbabit dalam sebarang aktiviti badminton, Zulfadli yang bergerak secara profesional turut dikenakan denda sebanyak AS$25,000 (RM98,338).

Seorang lagi pemain yang turut didapati bersalah oleh BWF, Tan Chun Seang digantung selama 15 tahun dan didenda sebanyak AS$15,000 (RM59,000).

Berita Harian X