Sabtu, 14 Julai 2018 | 9:26pm
Juara badminton Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan Artis, Faye Kusairi (kanan) dan Nur Shakilla Mohamad Khoriri bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh Zulfari Abdullah (kiri) dan Nornikman Hussin dari pasukan (DBKL) pada Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournament antara artis di Stadium Titiwangsa. - Foto Aswadi Alias

Pertandingan Badminton Amal dapat sambutan meriah

KUALA LUMPUR: Pertandingan Amal Badminton dan Malam Gala bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan disambut baik rakan artis negara ini.

Malah lebih daripada 50 artis hadir memeriahkan pertandingan amal badminton yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) dan Yayasan Artis 1 Malaysia (YKAT).

Pengerusi Datuk DJ Dave berkata, kalah menang itu bukan menjadi ukuran kerana yang penting adalah kehadiran rakan artis memberikan sokongan biarpun ada dalam kalangan mereka tidaklah begitu handal beraksi.

Antara artis yang turut serta pada Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournement Antara artis main badminton di Stadium Titiwangsa. - Foto Aswadi Alias
Antara artis yang turut serta pada Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournement Antara artis main badminton di Stadium Titiwangsa. - Foto Aswadi Alias

Katanya, melihat daripada kerjasama dan komitmen ditunjukkan artis yang hadir membuktikan mereka semua begitu komited membantu menjayakan pertandingan itu.

"Ini kali pertama rakan artis terbabit dalam pertandingan seperti ini. Saya sendiri turut bermain biarpun kalah itu bukan satu masalah.

"Yang penting saya gembira dapat bersama memeriahkan pertandingan ini dan mengumpul dana untuk tabung kebajikan," katanya yang merancang untuk menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan pada tahun akan datang.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu turut dimeriahkan kehadiran artis daripada China dan Thailand.

Antara peserta artis yang turut serta pada Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournement Antara artis main badminton di Stadium Titiwangsa. - Foto Aswadi Alias
Antara peserta artis yang turut serta pada Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournement Antara artis main badminton di Stadium Titiwangsa. - Foto Aswadi Alias

Sementara itu pengarah kejohanan, Yam Kee Man ketika ditemui melahirkan rasa terujanya dengan sambutan yang diberikan.

Beliau turut memaklumkan bahawa usaha murni itu akan diteruskan sekiranya mendapat kerjasama daripada artis dan kini kutipan yang berjaya diraih untuk tabung amal itu sudah menghampiri sasaran.

"Saya harap usaha murni seperti ini akan diteruskan oleh syarikat lain kerana ia boleh merapat hubungan sesama kita," katanya.

Berita Harian X