Ahad, 16 September 2018 | 6:53pm
MALAYSIA menamatkan cabaran di tempat keenam pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2018. - Arkib NSTP

Malaysia ke-6 terbaik skuasy berpasukan wanita dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan cabaran di tempat keenam pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2018 selepas tumpas 0-2 kepada Amerika Syarikat (AS) di Dalian, China, hari ini.

Pada aksi penentuan tempat kelima-keenam di Gimnasium Xigang, AS mendahului selepas Sabrina Sobhy menewaskan pemain remaja negara, Aifa Azman; 11-5, 15-13 dan 11-8 pada perlawanan pertama, menurut laman sesawang kejohanan, www.wsfwomensteams.com.

Kakak Sabrina, Amanda yang juga pemain nombor 18 dunia mengesahkan kemenangan AS apabila mengejutkan pemain nombor sembilan dunia, Datuk Nicol David; 6-11, 11-9, 11-3 dan 12-10 dalam perlawanan kedua.

Untuk rekod, 16 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan dwitahunan itu. - BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X