Jumaat, 16 Ogos 2019 | 1:17pm
Nick Kyrgios ketika menentang Karen Khachanov dari Russia pada Kejohanan Masters Cincinnati, semalam. - Foto AFP
Nick Kyrgios ketika menentang Karen Khachanov dari Russia pada Kejohanan Masters Cincinnati, semalam. - Foto AFP

Kyrgios 'memalukan' Australia

SYDNEY: Bintang tenis Nick Kyrgios dikatakan memalukan sukan Australia, menurut media tempatan hari ini.

Pemain berusia 24 tahun yang terkenal dengan sikap panas baran itu dikenakan denda AS$113,000 (RM472,510) selepas menghempas dua raketnya, memarahi keputusan yang dilakukan pengadil perlawanan,  Fergus Murphy sebelum meludah kepadanya ketika tewas kepada pemain Russia, Karen Khachano dalam perlawanan Masters Cincinnati semalam.

ATP memberi amaran kepadanya yang dia berkemungkinan berdepan satu lagi penggantungan selepas siasatan penuh dilakukan.

Penyampai sukan veteran Channel Nine, Tony Jones berkata dia sepatutnya digantung serta merta daripada Terbuka Amerika Syarikat yang bakal berlangsung.

“Sekali lagi Nick Kyrgios membuktikan dirinya memalukan kepada sukan Australia. Berkemungkinan juga dunia sukan,” katanya dalam laman web penyiaran itu.

“Sudah tentu penguasa tenis (ATP) perlu mengajarnya dan berurusan dengannya mengikut kesesuaian.

“Sudah tiba masa ATP mengambil tindakan keras dan menggantung Kyrgios daripada Terbuka AS bulan ini,” kata Jones.

 Bekas pengerusi Agensi Anti Doping Australia, Richard Ings yang sebelum ini berada di pengurusan dan juga pengadil Jelajah ATP menggelarkan pemain itu “keji”. – AFP

 

Berita Harian X