Selasa, 29 Oktober 2019 | 7:35am
ROGER Federer

Federer sah tarik diri, Cilic, Tsonga mara

PARIS: Roger Federer menarik diri daripada Paris Masters untuk memberikan fokus kepada persediaan tahun depan, sementara Marin Cilic dan Jo-Wilfried Tsonga mara ke pusingan kedua.

Federer yang juga pemain nombor tiga dunia merangkul gelaran ke-10 Basel pada Ahad namun membuat keputusan untuk tidak menyertai acara final Masters musim ini di Bercy Arena.

“Saya amat kecewa terpaksa menarik diri daripada daripada Paris Masters,” kata Federer.

“Saya perlu menjaga diri saya kerana saya mahu bermain selama mungkin di dalam jelajah ATP.

“Maafkan saya peminat Perancis, saya akan bertemu anda semua tahun depan di Roland Garros.”

Pengarah perlawanan, Guy Forget berkata dia kecewa dengan keputusan saat akhir dilakukan Federer.


Marin Cilic

JO-Wilfried Tsonga

Pemain berusia 38 tahun itu sudah memaklumkan yang dia mungkin tidak menyertai perjalanan ke ibu kota Perancis selepas menewaskan Alex de Minaur di gelanggang dalam dewan Switzerland.

“Kecergasan saya baik, saya gembira dengan apa yang saya rasa. Cuma saya tidak tahu sama ada saya patut bermain atau tidak minggu depan. Saya akan memikirkannya bersama pasukan,” katanya.

Federer kembali ke Paris Masters tahun lalu buat kali pertama sejak tahun 2015 dan mara ke separuh akhir di mana dia tewas tiga set kepada Novak Djokovic, yang hadir sebagai pilihan utama di depan Rafael Nadal untuk saingan di ibu kota Perancis itu tahun ini. – AFP

 

 

Berita Harian X