Jumaat, 8 November 2019 | 11:15pm
Kento Momota menewaskan Viktor Axelsen untuk mara ke separuh akhir Terbuka China, hari ini. - Foto AFP

Momota kian hampir raih gelaran ke-10

SHANGHAI: Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Kento Momota menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk mara ke separuh akhir Terbuka China, hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu yang memburu gelaran ke-10 pada tahun ini meraih kemenangan 21-18, 12-21, 21-16 pada pertembungan suku akhir.

Momota akan menentang rakan senegara Axelsen, Rasmus Gemke pada aksi separuh akhir, esok.

Keputusan itu menyaksikan Momota meraih kemenangan ke-13 dalam 15 pertemuan ke atas Axelsen yang kini menghuni ranking keenam dunia.

"Saya kian hampir," kata Axelsen yang sebelum ini dibelenggu dengan kecederaan namun berjaya mengheret Momota untuk beraksi tiga set.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertembungan antara pilihan kedua dari Taiwan,  Tien-chen menentang seorang lagi pemain Denmark, Anders Antonsen.

Bagi perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia, Tai Tzu-ying akan berdepan pemain nombor dunia dari Jepun, Nozomi Okuhara pada aksi separuh akhir.

Tai dipaksa bekerja keras untuk menempah tiket ke separuh akhir sebelum menewaskan pemain bukan pilihan dari Korea Selatan, Kim Ga-Eun 21-15, 11-21, 21-13.

Separuh akhir kedua pula membabitkan pertemuan juara bertahan, Chen Yufei menentang pemain bukan pilihan dari Kanada, Michelle Li. – AFP

Berita Harian X