Selasa, 19 November 2019 | 9:01am
PEMAIN Russia, Karen Khachanov dan Andrey Rublev beraksi menentang Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Davis di madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters
KAREN Khachanov beraksi menentang Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Davis di madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters
ANDREY Rublev beraksi menentang Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Davis di madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Piala Davis: Russia tundukkan juara bertahan

MADRID: Karen Khachanov dan Andrey Rublev membantu Russia meraih kejayaan 3-0 menewaskan juara bertahan, Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Davis di Madrid, awal pagi tadi.

Pemain di ranking 17 dunia, Khachanov menghadiahkan mata penting bagi Russia apabila bangkit sebelum menewaskan pemain nombor satu Croatia, Borna Coric 6-7 (4/7), 6-4, 6-4, selepas Rublev terdahulu menewaskan Borna Gojo 6-3, 6-3.

“Apabila anda bermain bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk negara anda, anda akan berjuang bersungguh-sungguh,” kata Khachanov.

Kachanov dan Rublev melengkapkan kemenangan bergaya Russia 7-6 (7/3), 6-4 dalam acara beregu menewaskan Ivan Dodig dan Nikola Mektic.

Russia, yang bermain tanpa pemenang tempat kedua Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvede berikutan kepenatan, bakal menempah tempat ke suku akhir jika menewaskan Sepanyol yang turut diperkuatkan Rafael Nadal pada perlawanan kedua Kumpulan B, esok.

Sebagai rekod, 18 negara beraksi dalam Piala Davis dan mereka dipecahkan kepada enam kumpulan di Caja Magica dengan pemenang peringkat kumpulan dan pasukan di tempat kedua akan layak beraksi dalam pusingan seterusnya sejak format kejohanan dirombak.

Kanada pula mencatat kemenangan 2-1 terhadap Itali dalam perlawanan pertama Kumpulan F. – AFP 

Keputusan Piala Davis

Kumpulan B

Russia 3 Croatia 0

Perseorangan

Andrey Rublev (RUS) mn Borna Gojo (CRO) 6-3, 6-3

Karen Khachanov (RUS) mn Borna Coric (CRO) 6-7 (4/7), 6-4, 6-4

Beregu

Karen Khachanov/Andrey Rublev (RUS) bt Ivan Dodig/Nikola Mektic (CRO) 7-6 (7/3), 6-4

Kumpulan D

Belgium 2 Colombia 1

Perseorangan

Steve Darcis (BEL) mn Santiago Giraldo (COL) 6-3, 6-2

David Goffin (BEL) mn Daniel Elahi Galan Riveros (COL) 3-6, 6-3, 6-3

Beregu

Juan Sebastian Cabal/Robert Farah (COL) mn Sander Gille/Joran Vliegen (BEL) 6-7 (5/7), 6-4, 7-6 (7/3)

Kumpulan F

Kanada 2 Itali 1

Perseorangan

Vasek Pospisil (CAN) mn Fabio Fognini (ITA) 7-6 (7/5), 7-5

Denis Shapovalov (CAN) mn Matteo Berrettini (ITA) 7-6 (7/5), 6-7 (3/7), 7-6 (7/5)

Beregu

Matteo Berrettini/Fabio Fognini (ITA) mn Vasek Pospisil/Denis Shapovalov (CAN) 6-2, 3-6, 6-3

 

 

 

 

Berita Harian X