Rabu, 11 March 2020 | 6:37pm
Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 21-13. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 21-13. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Zii Jia akhirnya berjaya 'smash' Jonatan

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia bermula dengan langkah kanan pada penampilan pertama di Seluruh England apabila berjaya mara ke pusingan kedua, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu hadir menerusi kemenangannya yang menewaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 21-13 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Arena Birmingham.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia menamatkan badi kekalahan di tangan pemain nombor enam dunia berkenaan selepas tewas dalam semua lima pertemuan sebelum ini.

Zii Jia yang berada di ranking ke-13 dunia akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain China, Lu Guang Zu dengan Kantaphon Wangcharoen dari Thailand bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Berita Harian X