X
Jumaat, 12 September 2014 | 12:12pm
PEMANDU teksi, Mohd Hilmi Noor, 53, didakwa atas tuduhan mencabul remaja berusia 17 tahun dibawah Seksyen 354 Kanun keseksaan di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam di Pulau Pinang, hari ini - Foto Danial Saad
PEMANDU teksi, Mohd Hilmi Noor, 53, didakwa atas tuduhan mencabul remaja berusia 17 tahun dibawah Seksyen 354 Kanun keseksaan di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam di Pulau Pinang, hari ini - Foto Danial Saad

Pemandu teksi mengaku tidak bersalah cabul kanak-kanak 12 tahun

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok di sini, pada 24 Ogos lalu.

Mohd Hilmi Noor, 53, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Musyiri Peet dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hilmi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap murid tahun enam itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Machang Bubok di sini, jam 5.30 petang pada 24 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan. Sementara tertuduh diwakili, Zainal Akram Zainal Azhar.

Berita Harian X