Khamis, 9 Oktober 2014 | 2:53pm

10 mangsa letupan bom dilapor stabil

KUALA LUMPUR: Seramai 10 mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, tiga daripada mangsa iaitu seorang warga Thailand dan dua warga tempatan dipindahkan ke Hospital Gleneagles manakala baki mangsa masih dirawat di HKL.

Jurucakap HKL, ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan keadaan terkini kesemua mangsa terbabit.

Berita Harian X