Selasa, 27 Januari 2015 | 11:21am
TAN Sri Mohamed Shafie Abdullah yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan dan lima yang lain ketika sidang media selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis agama Islam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu lelaki transgender yang dibenarkan berpakaian seperti wanita di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini. -Foto Yazit Razali

Kerajaan Negeri Sembilan dibenar merayu keputusan kes lelaki berpakaian wanita

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan dan lima yang lain termasuk Majlis Agama Islam Negeri bagi kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu lelaki transgender yang dibenarkan berpakaian seperti wanita.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membenarkan permohonan itu.

Panel akan memutuskan persoalan undang-undang sama ada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan bertentangan dengan Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(1) dan 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 itu adalah berhubung larangan ke atas lelaki Islam mengenakan pakaian seperti wanita.

Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Berita Harian X