Jumaat, 3 April 2015 | 10:55am

Zunar didakwa dengan sembilan tuduhan menghasut

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque.
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque.

KUALA LUMPUR: Kartunis politik, Zunar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Twitter miliknya berhubung keputusan rayuan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari lalu.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain, sebentar tadi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap pertuduhan dan menetapkan 20 Mei ini sebutan semula kes.

Berita Harian X