X
Khamis, 16 April 2015 | 9:56pm
SEORANG pelajar UTAR maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya dirempuhdi Kilometer 33.7 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, di sini, petang tadi. - Foto NSTP
SEORANG pelajar UTAR maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya dirempuhdi Kilometer 33.7 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, di sini, petang tadi. - Foto NSTP

Seorang penuntut UTAR maut, 5 cedera, kereta dirempuh

KAMPAR: Seorang penuntut wanita Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut manakala lima rakannya cedera selepas kereta dinaiki dirempuh, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.16 petang itu, kereta yang dinaiki mangsa dan lima rakannya dirempuh kereta lain di persimpangan lampu isyarat Kilometer 33.7, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sin.

Mangsa yang maut ialah penumpang belakang kereta PROTON Wira, S Hemala, 20, dari No 21 Jln Nehru, Taman Birch, Ipoh.

Lima rakannya juga penuntut universiti sama yang cedera ialah pemandu kereta, P Rashvinya, 20 serta empat penumpang, P Jivyaa, 20; G Arbicana, 20; T Vivegi, 21 dan M Sharwena, 22.

Pemandu sebuah lagi kereta iaitu jenis Nissan Sylphy, Loke Siew Chun, 45, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata siasatan awal mendapati kereta Nissan Sylphy yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Ipoh melanggar bahagian tepi kanan PROTON Wira dinaiki mangsa yang keluar dari simpang berhadapan sebuah pasar raya.

Berita Harian X