X
Selasa, 12 Mei 2015 | 2:04pm

MIC: Mahkamah arah keputusan ROS ditangguh

KUALA LUMPUR: Lima pemegang jawatan dalam MIC berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan pemilihan semula parti itu.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar beliau di sini hari ini.

Asmabi mengarahkan keputusan ROS ditangguhkan sehingga semakan kehakiman difailkan kelima-lima plaintif bagi mencabar keputusan ROS berhubung pemilihan semula, diputuskan mahkamah.

Berita Harian X