Selasa, 23 Jun 2015 | 1:37am

Polis tumpaskan sindiket edar dadah di Lembah Klang

 LELAKI warga Afrika ditahan anggota STING Bukit Aman, dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara, di sini, malam tadi. - Foto NSTP
LELAKI warga Afrika ditahan anggota STING Bukit Aman, dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara, di sini, malam tadi. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan tertangkapnya empat lelaki warga Afrika dalam dua serbuan berbeza di Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara, malam tadi.

Tangkapan dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan merampas tujuh kilogram dadah jenis kokain dan 800 gram syabu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, pada jam 10.22 malam.

"@KBAB51: Syabas STING @PDRMsia mlm tadi b'jaya t'kap 4 Warga Afrika dan rampas lebih 7 kg Cocaine dn 800 grm Syabu di Sg Buluh dan D'sara. Go PDRM Go," katanya.

Difahamkan, polis pada petang semalam, menahan seorang lelaki di Sungai Buloh dan hasil soal siasat berjaya membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki bersama dadah yang disimpan di dalam sebuah apartment lima tingkat di Bandar Sri Damansara.

Berita Harian X