Isnin, 29 Jun 2015 | 10:22pm

Bayi ditinggalkan di tepi tangga masjid

BAYI perempuan yang dipercayai ditinggalkan di Masjid Sungai Gelugor diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). - Foto ihsan pembaca
BAYI perempuan yang dipercayai ditinggalkan di Masjid Sungai Gelugor diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). - Foto ihsan pembaca

GEORGETOWN: Tangisan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai ditinggalkan, mengejutkan jemaah Masjid Sungai Gelugor di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bayi itu ditemui kariah masjid ketika jemaah lain sedang menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata bayi itu ditemui kariah masjid dalam keadaan baik sejurus terdengar tangisannya.

Beliau berkata, bayi perempuan itu ditemui masih bertali pusat serta dibalut dengan tuala, dipercayai ditinggalkan di tepi tangga masjid itu.

Katanya, bayi berkenaan berada dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Berita Harian X