Jumaat, 3 Julai 2015 | 11:46am

Sindiket edar dadah tumpas di Melaka

DATUK Chuah Ghee Lye. - Foto Rasul Azli Samad
DATUK Chuah Ghee Lye. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Klebang, dekat sini, petang semalam.

Sejumlah dadah jenis heroin, syabu dan eramin bernilai RM190,000 turut dirampas bersama lelaki berusia 25 tahun itu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu, hasil maklumat awam dan risikan selama tiga minggu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengumumkannya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu polis merampas 9.333 gram (g) dadah jenis heroin, 200g syabu dan 500 pil eramin, dipercayai diseludup dari Lembah Klang untuk diedarkan ke lokasi penagihan dadah di Tanjung Kling, Sungai Udang, Krubong dan Batang Tiga.

Berita Harian X