Rabu, 22 Julai 2015 | 10:56am
KEADAAN roda brek gerabak tren LRT yang terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba.
KEADAAN roda brek gerabak tren LRT yang terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba.

Gerabak tren LRT terbakar dekat Stesen Setiawangsa

KEADAAN gerabak tren LRT yang terbakar akibat masalah brek berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba.
KEADAAN gerabak tren LRT yang terbakar akibat masalah brek berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba.

KUALA LUMPUR: Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Keramat digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.31 pagi.

Katanya, anggota yang tiba ke lokasi tujuh minit kemudian mendapati asap tebal memenuhi ruang di satu daripada empat gerabak tren itu.

"Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya.

Berita Harian X