Jumaat, 4 September 2015 | 7:20pm
BUMBUNG pentas terbuka berhampiran Dewan Orang Ramai FELDA roboh. - Foto ihsan pembaca BH
BUMBUNG pentas terbuka berhampiran Dewan Orang Ramai FELDA roboh. - Foto ihsan pembaca BH

Ribut gemparkan peneroka FELDA Pasoh Tiga

KHEMAH di gerai makan di FELDA Pasoh Tiga yang roboh. - Foto ihsan pembaca BH
KHEMAH di gerai makan di FELDA Pasoh Tiga yang roboh. - Foto ihsan pembaca BH

BANDAR SERI JEMPOL: Pelanggan sebuah gerai makan di FELDA Pasoh Tiga dekat sini, bertempiaran lari apabila kawasan itu dilanda ribut, petang tadi.

Hujan lebat serta angin kencang mulai kira-kira jam 5 petang menyebabkan enam pelanggan terpaksa melarikan diri apabila khemah gerai itu tiba-tiba roboh.

Bagaimanapun, mereka tidak cedera dalam kejadian itu yang turut menyebabkan bumbung pentas terbuka berhampiran Dewan Orang Ramai FELDA roboh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali, berkata sekurang-kurang 10 buah rumah peneroka rosak dalam kejadian itu.

"Tindakan segera akan diambil oleh agensi kerajaan berkaitan untuk membantu penduduk yang terjejas," katanya selepas melawat beberapa rumah mangsa, petang tadi.

Katanya, usaha juga akan dilakukan untuk mengenal pasti rumah peneroka di tanah rancangan FELDA lain yang rosak dalam kejadian itu.

Berita Harian X