Isnin, 14 September 2015 | 2:00pm
ORANG ramai menurunkan bumbung yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian kira-kira 2 pagi tadi. Kejadian itu menyebabkan tujuh buah rumah, sebuah bengkel kereta dan sebuah kedai di Jalan Bunga Raya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung. - Foto BERNAMA

Ribut awal pagi gemparkan penduduk Kampung Batu 2

SEBAHAGIAN rumah yang rosak teruk akibat dilanda angin ribut di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
SEBAHAGIAN rumah yang rosak teruk akibat dilanda angin ribut di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Hampir 30 rumah rosak selepas bumbung serta dinding diterbangkan ribut di Kampung Batu 2 Jalan Apas di sini, awal pagi tadi. 

Angin kencang dan hujan lebat bermula jam 2.35 pagi yang berlarutan hampir 10 minit, turut menyebabkan beberapa rumah rosak akibat dihempap pokok dan tiang elektrik. 

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima oleh pihak berkuasa. 

Penduduk, Agus Hamidi, 48, berkata ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising, selain deruan angin kencang di luar rumah. 

"Saya kemudian menjenguk melalui tingkap sebelum berlari keluar dan melihat angin berpusing seakan puting beliung hingga menerbangkan atap. 

SEBAHAGIAN rumah yang rosak teruk akibat dilanda angin ribut di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
SEBAHAGIAN rumah yang rosak teruk akibat dilanda angin ribut di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

"Perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan, ..saya  bergegas mengejutkan ahli keluarga dan mencari tempat selamat untuk berlindung," katanya kepada BH. 

Ketua Kampung Batu 2, Jalan Apas, Habib Ibrahim Habib Abdul Rahman, berkata kejadian ribut itu tidak pernah berlaku di kampung itu dan meminta penduduk membuat laporan kepada pihak berkaitan bagi membolehkan bantuan disalurkan segera. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima lima panggilan kecemasan membabitkan kejadian bumbung rumah diterbangkan angin dan banjir, selain pencawang serta tiang elektrik tumbang.

Berita Harian X