Rabu, 11 November 2015 | 8:57pm
KEJADIAN tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi kira-kira 7 malam tadi. - Foto ihsan Lembaga Lebuhraya Malaysia
KEJADIAN tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi kira-kira 7 malam tadi. - Foto ihsan Lembaga Lebuhraya Malaysia

Tanah runtuh: Tiada kerosakan harta benda, kehilangan nyawa

BENTONG: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Lentang-Bukit Tinggi, kira-kira 7 malam tadi.

Beliau berkata, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn Bhd sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan.

"Segala perkembangan akan dimaklumkan," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X