Rabu, 16 Disember 2015 | 11:36am

Dua sahabat terselamat kereta terbabas

SHAH ALAM: Dua sahabat terselamat apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tengah jalan berhampiran Kayangan Height, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 20-an itu dipercayai dari Puncak Alam menuju ke Subang sebelum kenderaan mereka gagal dikawal dan terbabas.

Seorang daripada mangsa cedera di kepala, manakala seorang lagi mangsa hanya cedera ringan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) oleh Pasukan Penyelamat dan Paramedik (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Berita Harian X