Rabu, 3 Februari 2016 | 7:40am
ANTARA 10 premis perjudian yang diserbu STAGG menerusi Ops Dadu di sekitar Puchong malam tadi.
ANTARA 10 premis perjudian yang diserbu STAGG menerusi Ops Dadu di sekitar Puchong malam tadi.
ANTARA jenis perisian judi dalam komputer yang terdapat di premis perjudian yang diserbu STAGG menerusi Ops Dadu di sekitar Puchong malam tadi.
ANTARA jenis perisian judi dalam komputer yang terdapat di premis perjudian yang diserbu STAGG menerusi Ops Dadu di sekitar Puchong malam tadi.

82 ditahan dalam Ops Dadu

gn4id:11830096

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman menahan 82 individu dipercayai terbabit dengan perjudian dalam serbuan berasingan menerusi Ops Dadu di sekitar Puchong di sini, malam tadi.

Dalam serbuan bermula jam 10.50 malam itu, polis turut merampas 223 set komputer dan komputer riba yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian berkenaan.

Serbuan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) itu menahan 69 pemain dan 13 penjaga premis termasuk warga Myanmar, Indonesia serta Nepal berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

Ketua Penolong Pengarahnya, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata operasi dibuat susulan risikan dan maklumat awam.

"Premis berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan secara tersembunyi dengan memfokuskan kepada pelanggan tetap, manakala kawasan premis terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

"Ada beberapa premis yang pernah diserbu sebelum ini, dikesan kembali beroperasi walaupun tindakan sudah diambil," katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM2,577 dan beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian.

Berita Harian X