Selasa, 23 Februari 2016 | 12:43am

3 rumah rosak akibat mercun

KEADAAN satu daripada tiga rumah yang rosak selepas terkena letupan mercun. - Foto Ramdzan Masiam
KEADAAN satu daripada tiga rumah yang rosak selepas terkena letupan mercun. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Tiga rumah teres dua tingkat di Taman Desa Baiduri, Ayer Itam, rosak selepas terkena letupan mercun, malam tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 10 malam, semua rumah terbabit rosak pada bahagian pintu, siling dan tingkap selepas mercun yang dipasang salah seorang jiran jatuh di atas bumbung rumah.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat penghuni di dalam rumah, namun tiada kecederaan dilaporkan.

hingga tengah malam tadi, pihak bomba masih melakukan pemeriksaan dan penduduk dinasihatkan tidak memasuki rumah buat sementara waktu.

Berita Harian X