Isnin, 23 Mei 2016 | 9:18am
KEBAKARAN dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan yang rapat. - Foto ihsan Bomba
KEBAKARAN dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan yang rapat. - Foto ihsan Bomba
KEBAKARAN yang memusnahkan kira-kira 30 rumah di Kampung Landung Ayang, Kudat, pagi tadi.
KEBAKARAN yang memusnahkan kira-kira 30 rumah di Kampung Landung Ayang, Kudat, pagi tadi.

Lebih 30 rumah hangus di Kudat

WARGA tempatan tidak dapat melakukan apa-apa berikutan api yang terlalu marak.
WARGA tempatan tidak dapat melakukan apa-apa berikutan api yang terlalu marak.

KUDAT: Kira-kira 30 rumah hangus mengakibatkan lebih 150 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan yang rapat.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohiddin Abdul Majid, berkata tiga jentera digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan dan bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak.

"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, hingga jam 8.30 pagi tadi usaha memadam bara api masih dilakukan.

Berita Harian X