Rabu, 1 Jun 2016 | 5:31pm

3 wanita maut kereta rempuh pembahagi jalan

KENDERAAN yang musnah terbakar akibat kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.
KENDERAAN yang musnah terbakar akibat kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

KUALA KANGSAR: Tiga wanita maut manakala seorang lagi wanita parah selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kemalangan sebelum mengarahkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Myvi terbabas sebelum masuk ke longkang.

"Akibat rempuhan itu keempat-empat mangsa dipercayai tercampak dari kenderaan.

"Kereta Myvi berkenaan terbakar dan pihak bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X