Selasa, 14 Jun 2016 | 11:03am
Pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan lori di Kilometer 13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Johor
Pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan lori di Kilometer 13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Johor

Dua buruh binaan maut, 4WD bertembung lori

Pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan lori di Kilometer 13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Johor
Pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan lori di Kilometer 13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Johor

KOTA TINGGI: Dua pekerja binaan warga asing maut selepas pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 3.30 pagi, warga negara India dikenali sebagai Faisal, 34, dan Nur Islam, dipercayai berasal dari Bangladesh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata pemandu lori berusia 36 tahun, bagaimanapun tidak cedera.

Katanya, siasatan awal polis mendapati pacuan empat roda dipandu Faisal dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke Sungai Rengit, dekat sini memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu.

"Siasatan lanjut polis mendapati pemandu pacuan empat roda itu gagal mengawal kenderaan yang dipandunya apabila tiba di lokasi kejadian dipercayai mengantuk," katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X